-->
SMK KLEBANG BESAR

Pages

  • LAMAN UTAMA
  • SEJARAH
  • ORGANISASI
  • ILMU
  • AKTIVITI
  • GALERI PSS KONTEMPORARI
Selamat Datang Ke Blog Pss Smkkb- Menjana Ilmu Pendidikan Kontemperari

Thursday, 1 November 2012

PENGENALAN


Perkembangan teknologi maklumat telah mengubah cara manusia berkomunikasi dan menyampaikan maklumat. Dengan perkembangan ICT dan internet, segala maklumat boleh diperolehi di hujung jari. Dengan hanya satu klik, pelbagai maklumat boleh diperolehi dalam sekelip mata. Seiring dengan perkembangan ini, PUSTAKAM menganjurkan pertandingan membina blog bertujuan untuk memantapkan lagi penyampaian maklumat Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka.


Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:16 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 31 October 2012

Pertandingan Pembinaan Laman Blog PSS 2012

Alhamdulillah, kami berjaya menjadi antara sepuluh finalis bagi pertandingan ini. Kami tidak menjangkakan bahawa kami akan sampai ke tahap ini. Malah pada waktu sekarang kami sedang membuat persediaan bagi pertandingan yang akan diadakan sebentar lagi pada jam 12 tengah hari. Kami sama sekali tidak mengharapkan apa apa kemenangan namun kami berharap dapat membuat pembentangan yang baik dan lancar. Semoga usaha yang dilakukan membuahkan hasil.



Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 18:59 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 30 October 2012


Aktiviti Jendela NILAM. 

Aktiviti jendela NILAM di SMKKB dijalankan pada setiap pagi selama 20 minit. Aktiviti ini berrtujuan untuk menggalakkan pelajar menimba sedikit ilmu dalam masa yang ditetapkan.






KEM MEMBACA 2012

Kem membaca 2012 yang diadakan pada 24 Oktober 2012 telah melibatkan pelajar dari tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja. Tujuan program ini dijalankan juga adalah untuk memupuk semangat membaca dalam kalangan pelajar.























CERAMAH DAN ACARA KORBAN

Sempena Hari Raya Aidiladha, SMKKB telah menjalankan acara korban secara bergotong-royong. Para pelajar pula terlibat dengan ceramah yang berkaitan dengan korban. Dari sini pelajar dapat memperoleh sedikit sebanyak ilmu tentang cara penyembelihan dengan betul dari segi hukum syarak.









Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 22:48 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 29 September 2012


TREASURE HUNT

4 Julai 2012 (RABU)
Pada hari ini telah diadakan sambutan hari koperasi SMK Klebang Besar, 2012. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohamad Sapian b Siran, Ketua Sektor Pengurusan Dan Pembangunan, JPN Melaka, Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang hari ini. Ada jualan murah, vaucer aiskrim dan lain-lain.

Pada sebelah petang telah dijalankan pula aktiviti kokurikulum. Persatuan PSS dan Persatuan SPBT telah menjalankan aktiviti Treasure Hunt. Seramai tujuh pasukan telah mengambil bahagian. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga ahli. Pemenang ialah Kumpulan 1 yang terdiri daripada Nur 'Aina Mardhiyah, Fazatul Husna dan Nursushahirah. Tahniah!

Terima kasih kepada ahli persatuan yang membantu menguruskan setiap stesen.

  

 
 
 


Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:42 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

TAKLIMAT NILAM

28 Jun 2012 (KHAMIS) 3.00 ptg
Taklimat telah disampaikan oleh En Shuhani bin Hassan, Pegawai BTPN Melaka. Beliau telah menyampaikan taklimat tentang kaedah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan rekod bacaan murid. Ada dua kaedah pelaksanaan program NILAM tahap Jauhari, iaitu secara formal oleh guru BM dan BI (melalui jadual waktu BM dan BI) dan tidak formal oleh semua guru.

Taklimat yang disampaikan telah membolehkan semua guru memahami peranan masing-masing dalam pelaksanaan program ini. Harapan beliau agar rekod NILAM Jauhari SMK Klebang Besar dapat ditingkatkan dalam analisa bulan September 2012 nanti. Pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan dan  terima kasih kepada En Shuhani di atas kesudian beliau memberikan taklimat ini.

  
 Tuan Pengetua, Pn Azallah menyampaiankan cenderamata kepada En Shuhani.
Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:42 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MINGGU SAINS & MATEMATIK

25 Jun 2012 (ISNIN)
Majlis Pelancaran Minggu Sains dan Matematik telah disempurnakan perasmiannya oleh Pn Khatijah bt Md Shah (GPK 1), bertempat di Dataran IMalaysia SMK Klebang Besar. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan sepanjang minggu ini. Kelainannya ialah pada tahun ini diadakan pameran Sains di Makmal A. Murid boleh mengunjungi pameran tersebut dan turut serta dalam aktivti interaktif dan pelbagai pertandingan  yang disediakan. Guru-guru juga boleh membawa murid mereka untuk melawat pameran tersebut.


Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:41 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

SELAMAT HARI GURU 2012

Pada 16 Mei 2012 (Rabu), Hari Guru dan Hari Pekerja peringkat sekolah telah disambut meriah. Kali ini kedua-dua perayaan telah disambut serentak oleh seluruh warga sekolah. Pn Khatijah Md Shah (GPK Akademik) telah membacakan perutusan YBhg Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, manakala Pn Azallah bt Mohd Salleh (Pengetua) pula telah membacakan perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia. En Mohd Fadhil Abdullah (Pengerusi Kelab Staff) pula telah mengetua pembacaan ikrar guru.

Selepas perhimpunan telah dijalankan pelbagai pertandingan dan sukaneka yang berlangsung dengan meriah. Selepas rehat murid-murid dan guru telah membuat persembahan.

Sempena Hari Guru tahun ini seperti biasa saya telah menerima pelbagai ucapan daripada bekas murid dan rakan-rakan guru. Di sini saya ingin kongsikan dua daripadanya sekadar bacaan santai...

Seloka 1: 
     Ada murid malu-malu
     Sakit kepala tergaru-garu
     Apa lagi la nak buat pada muridku?
     Bila nak exam lagi la haru,
     Bebudak kata don't worry cikgu,
     Muka konfiden kononnya tahu,
     Semak paper, apasal tak de yang biru?
     Sabar je lah cikgu

Seloka 2:
     Teacher is like PEPSI : ask for more
     Teacher is like NIKE : just do it
     Teacher is like NOKIA : connecting people
                       and
     Teacher is like McD : I'm loving it.

     SELAMAT HARI GURU ...

 Perarakan guru dan pekerja

 
Murid-murid yang hadir 

 Tuan Pengetua, Pn Azallah meyampaian amanat dan membaca perutusan

Kek sempena Hari Guru & Hari Pekerja
Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:41 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

TENTANG KAMI

Perpustakaan Umul Kitab SMKKB
we are the klesarians !
View my complete profile

VISI PSS

Menjadi salah sebuah pusat sumber sekolah cemerlang Negeri Melaka menjelang tahun 2015.

MISI PSS

1. Meningkatkan kualiti perkhidmatan PSS.
2. Meningkatkan kuantiti dan kualiti koleksi bahan di PSS.
3. Menyediakan persekitaran yang kondusif, aktiviti menarik dan bermanfaat kepada semua warganya.
4. Memupuk sikap membaca sepanjang hayat dalam diri warga SMK Klebang Besar.

PENGERUSI

PENGERUSI
Pn Azallah Mohd Salleh

PENYELARAS PSS

PENYELARAS PSS
Pn Arizah Hashim

PENGEMASKINI BLOG

PENGEMASKINI BLOG
Nurul Ain Najihah Abu Bakar, Nursyahirah Asnur, Nur Syazana Suhaili, Noor Izzatul Syahirah Jasni

Hello Hey Hi

datang BERMATLAMAT, pulang BERMAKLUMAT


MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU

MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU

Archive

  • November (1)
  • October (2)
  • September (19)
 Guests
Theme images by luoman. Powered by Blogger.