-->
SMK KLEBANG BESAR

Pages

  • LAMAN UTAMA
  • SEJARAH
  • ORGANISASI
  • ILMU
  • AKTIVITI
  • GALERI PSS KONTEMPORARI
Selamat Datang Ke Blog Pss Smkkb- Menjana Ilmu Pendidikan Kontemperari

Saturday, 29 September 2012


TREASURE HUNT

4 Julai 2012 (RABU)
Pada hari ini telah diadakan sambutan hari koperasi SMK Klebang Besar, 2012. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohamad Sapian b Siran, Ketua Sektor Pengurusan Dan Pembangunan, JPN Melaka, Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang hari ini. Ada jualan murah, vaucer aiskrim dan lain-lain.

Pada sebelah petang telah dijalankan pula aktiviti kokurikulum. Persatuan PSS dan Persatuan SPBT telah menjalankan aktiviti Treasure Hunt. Seramai tujuh pasukan telah mengambil bahagian. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga ahli. Pemenang ialah Kumpulan 1 yang terdiri daripada Nur 'Aina Mardhiyah, Fazatul Husna dan Nursushahirah. Tahniah!

Terima kasih kepada ahli persatuan yang membantu menguruskan setiap stesen.

  

 
 
 


Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:42 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

TAKLIMAT NILAM

28 Jun 2012 (KHAMIS) 3.00 ptg
Taklimat telah disampaikan oleh En Shuhani bin Hassan, Pegawai BTPN Melaka. Beliau telah menyampaikan taklimat tentang kaedah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan rekod bacaan murid. Ada dua kaedah pelaksanaan program NILAM tahap Jauhari, iaitu secara formal oleh guru BM dan BI (melalui jadual waktu BM dan BI) dan tidak formal oleh semua guru.

Taklimat yang disampaikan telah membolehkan semua guru memahami peranan masing-masing dalam pelaksanaan program ini. Harapan beliau agar rekod NILAM Jauhari SMK Klebang Besar dapat ditingkatkan dalam analisa bulan September 2012 nanti. Pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan dan  terima kasih kepada En Shuhani di atas kesudian beliau memberikan taklimat ini.

  
 Tuan Pengetua, Pn Azallah menyampaiankan cenderamata kepada En Shuhani.
Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:42 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MINGGU SAINS & MATEMATIK

25 Jun 2012 (ISNIN)
Majlis Pelancaran Minggu Sains dan Matematik telah disempurnakan perasmiannya oleh Pn Khatijah bt Md Shah (GPK 1), bertempat di Dataran IMalaysia SMK Klebang Besar. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan sepanjang minggu ini. Kelainannya ialah pada tahun ini diadakan pameran Sains di Makmal A. Murid boleh mengunjungi pameran tersebut dan turut serta dalam aktivti interaktif dan pelbagai pertandingan  yang disediakan. Guru-guru juga boleh membawa murid mereka untuk melawat pameran tersebut.


Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:41 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

SELAMAT HARI GURU 2012

Pada 16 Mei 2012 (Rabu), Hari Guru dan Hari Pekerja peringkat sekolah telah disambut meriah. Kali ini kedua-dua perayaan telah disambut serentak oleh seluruh warga sekolah. Pn Khatijah Md Shah (GPK Akademik) telah membacakan perutusan YBhg Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, manakala Pn Azallah bt Mohd Salleh (Pengetua) pula telah membacakan perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia. En Mohd Fadhil Abdullah (Pengerusi Kelab Staff) pula telah mengetua pembacaan ikrar guru.

Selepas perhimpunan telah dijalankan pelbagai pertandingan dan sukaneka yang berlangsung dengan meriah. Selepas rehat murid-murid dan guru telah membuat persembahan.

Sempena Hari Guru tahun ini seperti biasa saya telah menerima pelbagai ucapan daripada bekas murid dan rakan-rakan guru. Di sini saya ingin kongsikan dua daripadanya sekadar bacaan santai...

Seloka 1: 
     Ada murid malu-malu
     Sakit kepala tergaru-garu
     Apa lagi la nak buat pada muridku?
     Bila nak exam lagi la haru,
     Bebudak kata don't worry cikgu,
     Muka konfiden kononnya tahu,
     Semak paper, apasal tak de yang biru?
     Sabar je lah cikgu

Seloka 2:
     Teacher is like PEPSI : ask for more
     Teacher is like NIKE : just do it
     Teacher is like NOKIA : connecting people
                       and
     Teacher is like McD : I'm loving it.

     SELAMAT HARI GURU ...

 Perarakan guru dan pekerja

 
Murid-murid yang hadir 

 Tuan Pengetua, Pn Azallah meyampaian amanat dan membaca perutusan

Kek sempena Hari Guru & Hari Pekerja
Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:41 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

SINGGAHAN MINDA

Mulai April 2012, satu lagi sudut baru PSS telah dibangunkan di ruang tangga naik ke pejabat sekolah. Sudut ini dinamakan Singgahan Minda, merupakan idea Pn Rosni Sariman, Guru NILAM SMK Klebang Besar. Tujuan utama sudut ini ialah untuk memberi ruang dan peluang warga sekolah membaca di mana sahaja. Matlamatnya ialah membudayakan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah. Bahan bacaan yang disediakan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja yang melalui sudut itu. Selepas baca jangan lupa letak semula di tempatnya supaya orang lain pula berpeluang membaca sama.

Membaca itu nikmat. Selamat membaca...

Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:40 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

WAJAH-WAJAH PERPUSTAKAAN SMKKB.

Pada pertengahan bulan Mac 2012,  proses naik taraf perpustakaan telah dijalankan. Tujuannya adalah untuk menggantikan rak-rak yang telah uzur dan menambah jumlah rak sedia ada bagi menampung pertambahan bilangan buku. Pengubahsuaian selesai sepenuhnya pada pertengahan bulan April.

Saksikanlah wajah-wajah perpustakaan sebelum, semasa dan selepas pengubahsuaian. Harapan kami, agar lebih ramai pengunjung dan peminjam buku pepustakaan selepas ini. Kunjungan anda sangat dialu-alukan.

SEBELUM ...

 


SEDANG ...









KINI ...




SELANGKAH KE PERPUSTKAAN, SERIBU PENGETAHUAN
Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:39 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

LADAP 3 LITERASI MAKLUMAT

Pada 28 April 2012 (Sabtu) SMK Klebang Besar telah menjalankan program Ladap 3. Ladap kali ini dikhaskan kepada PSS untuk bengkel aplikasi literasi maklumat dalam p&p. Aktiviti bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.

Slot pertama diisi dengan sesi ceramah oleh Pn Hjh Arizah (Guru P&M SMK Klebang Besar), bertajuk Aplikasi Literasi Maklumat Dalam P&P. Sesi kedua ialah pembentangan hasil bengkel yang telah diadakan di BTPN Melaka oleh dua orang guru. Pn Hjh Maziyah Mohamad (GC Sejarah SMK Klebang Besar) telah berkongsi pengalaman bagaimana menggunakan aplikasi literasi maklumat dalam mata pelajaran Sejarah bertajuk Tokoh-tokoh Kemerdekaan. Pn Salmah Mohd Ali (Guru P&M SMK Rahmat) pula membentangkan kaedah aplikasi literasi maklumat dalam mata pelajaran Geografi bertajuk Tanah Tinggi.

Slot kedua pula diadakan bengkel membangunkan modul aplikasi literasi maklumat oleh guru-guru SMK Klebang Besar dengan bimbingan fasilitator yang terdiri daripada Pn Hjh Arizah, Pn Hjh Maziyah dan Pn Salmah. Semua guru telah dibahagikan mengikut panitia. Mereka berbincang dan menyediakan satu modul mengikut panitia masing-masing. Hasil perbengkelan perlu disiapkan dan diserahkan  kepada Pn Hjh Arizah dalam bentuk soft copy untuk diedit dan dibukukan.

Terima kasih kepada tuan pengetua, Pn Azallah kerana sudi menyampaikan cenderamata kepada fasilitator.


 
Peserta bengkel (Guru-guru SMKKB)

Pengacara Majlis, Pn Rosni Saliman

Pn Hjh Arizah, Pn Hjh Maziyah dan Pn Salmah

Tuan Pengetua, Pn Azallah menyampaikan cenderamata kepada Pn Salmah

Pn Norsaliza, Pn Nun Zuraini dan Pn Che' Khoiriyah sedang tekun menyiapkan modul

Kumpulan 1 Malaysia, Pn Hjh Zuraini, Pn Chitara dan Pn Ng Lay Sia
Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:39 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MINGGU KERJAYA 2012

Majlis pelancaran telah diadakan pada hari Isnin, 19 Mac. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti kuiz, ceramah dan sebagainya. Pada hari Khamis, 22 Mac, jawatan kuasa Minggu Kerjaya telah menjemput En Tuah Atan seorang peguam berjaya berasal dari negeri Melaka untuk menyampaikan ceramah. Beliau adalah salah seorang OKU yang telah berjaya membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh cemerlang sekiranya mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi. Berusaha dengan bersusah payah dan akhirnya kemanisan kejayaan pasti dikecapi.

Ayuhlah anak-anak Kelebang Besar. Jangan kita hanya tahu bertepuk tangan dan bersorak tetapi minda kita tidak mampu mencerna isi kandungan ceramah En Tuah itu. Tidak terasakah kita, betapa orang yang sempurna fizikal diberikan Allah ini tidak mampu mencapai kejayaan seperti beliau. Kalau begitu, termasuklah kita dalam golongan orang yang rugi.

Mungkin sekarang kamu belum merasa peritnya cabaran kehidupan. Tunggulah 10 tahun akan datang. Jika sekarang pendapatan isi rumah RM 1500 dan ke bawah sudah tergolong dalam kelompok miskin, bagaimana keadaannya 10 tahun akan datang.

Semoga kita semua insaf...

Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:38 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

 

 

 
 Bakul-bakul yang dihias indah berisi buah epal

 YB Datuk Hj Yaakub sedang menerima cenderamata daripada tuan pengetua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang di sekolah kita. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Yaakub b Md Amin, Pengerusi JK Negeri Hal Ehwal Agama. Terima kasih diatas kesudian YB Datuk.

Majlis ini adalah sebagai manifestasi rasa sayang guru kepada setiap muridnya. Walau apa pun kamu, guru sentiasa bersedia menghadapinya. Memberi tunjuk ajar tanpa jemu. Bukan hanya ilmu akademik tetapi juga berusaha membentuk kamu menjadi insan, peneraju negara pada masa akan datang. Tetapi satu persoalan sentiasa berlegar diminda saya; adakah kamu juga murid yang penyayang? Kalau sayang, sila buktikan. Tunjukkanlah sikap positif yang disukai oleh semua orang. Menjadi seorang yang sentiasa rajin, suka membantu, bercakap dan berkelakuan bersopan, bersyukur, tidak melakukan vandalisme dan bukan pembuli.

Bagaimana kita  inginkan orang lain menyayangi kita sedangkan kita tidak mampu menyayangi mereka. Malahan diri sendiripun kadang-kadang kita tak sayang.  Kita terlalu mementingkan diri dan perasaan sendiri sehingga terlupa dan sering menyakiti hati dan perasaan orang sekeliling kita. Kita sakiti hati ibu bapa kita, guru-guru kita dan rakan-rakan kita. Betulkah tindakan kita itu? Fikir fikirkan lah...

Serangkap pantun daripada YB Datuk Hj Yaakub, (maklum orang Melaka, tak sah majlis tanpa pantun :-)
                      Pasir Putih tepian mandi,
                          Pekan menyabung ayam berlaga,
                      Kasih tak boleh dijual beli,
                          Bukan benda buat berniaga.
Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:38 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS-PENGAWAS SEKOLAH 2012

Hari ini telah berlangsung Majlis Perlantikan Pengawas-pengawas Sekolah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas SPBT, Ahli Lembaga Koperasi Sekolah, PRS dan Ketua-ketua Tingkatan. Majlis telah dibuat di kantin sekolah disebabkan dataran perhimpunan basah akibat hujan pada malam sebelumnya. Pembantu kepada Datuk Seet Har Cheow, mewakili beliau merasmikan majlis dan seterusnya menyampaikan watikah perlantikan.

Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada semua pengawas yang baru dilantik. Laksanakan tugas anda dengan penuh rasa tanggung jawab, rajin, jujur dan amanah. Semoga anda dapat membantu pihak sekolah  meneruskan segala aktiviti yang dirancang dengan lebih lancar. 


Barisan Pengawas PSS

Bacaan ikrar pengawas untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggung jawab.

Muhd Amirul Osman, Ketua Pengawas PSS 2012,  menerima watikah perlantikan

Wakil Datuk Seet sedang menyampaikan ucapan
Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:36 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PENGAMBARAN 'MICRO TEACHING' LITERASI MAKLUMAT

22 Februari 2012

Aduuuhai... Susah juga nak berlakon ye. Masa pembelajaran & pengajaran yang dirancang untuk 60 minit berlangsung selama berjam-jam. Bermula jam 10.30 pagi, berakhir jam 2.30 petang termasuk rehat dan makan selama 30 minit. Kesian kat cikgu dia. Kat murid-murid lebih lagi. Simpati juga kepada krew pengambaran yang terpaksa mengulang 'shoot'. Bunyi kertas bergeser pun boleh kena 'cut' dan ulang semula. Tension jugak tu. Patut la artis-artis tu kata pengambaran mereka berlarutan hingga ke subuh.

Ini adalah pengalaman pertama saya mengikuti krew penerbitan BTPN Melaka (terdiri daripada pegawai-pegawai BTPN Melaka yang diketuai oleh En Mohd Nor) menjalankan penggambaran 'micro teaching' aplikasi literasi maklumat dalam pengajaran. Kebetulannya saya menjadi fasilitator literasi maklumat kumpulan Sains sekolah rendah. Kami telah memilih SK Kampong Tengah, Kuala Sungai Baru sebagai lokasi pengambaran. Cikgu Nur Izzah sebagai guru dan murid-murid beliau seramai 25 orang telah mengambil bahagian sebagai 'pelakon'. Tau kat mana SK Kg Tengah? Nunnn... sejauh 33 km dari SMK Klebang Besar.  Kita akan lalu di depan sekolah ini jika menuju Port Dickson mengikut laluan pantai Kuala Linggi - Tanjung Agas.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Nur Izzah dan murid-muridnya. Anda semua memang best. Saya nak tanya pada anak-anak SK Kg Tengah. Ada tak yang nak jadi pelakon setelah melalui pengalaman hari ini?

Kepada krew pengambaran, tahniah dan terima kasih kerana tuan-tuan amat sabar melayan kerenah anak-anak ini.

 En Mohd Nor sedang memberi taklimat sebelum pengambaran bermula.

 
 Cikgu Nur Izzah

Murid-murid sedang tekun mendengar pengajaran cikgunya.

Murid-murid sedang mencari maklumat menggunakan bahan di internet.

Kumpulan yang mencari maklumat menggunakan buku rujukan.

Salah seorang ketua kumpulan sedang membentang dapatan mereka.

Sebahagian krew pengambaran
Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:35 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MAJLIS PERSARAAN PN KHALIYAH

21 Februari 2012

Hari ini Pn Khaliyah bt Md Nor telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai guru selama lebih daripada 30 tahun. Ia merupakan satu jangka masa yang amat panjang. Ribuan manusia telah dididik olehnya. Alangkah beruntungnya beliau sekiranya anak-anak didiknya itu mengamalkan segala ilmu yang telah diajar ke jalan kebaikkan.

Kepada Pn Khaliayah,
  • Selamat bersara
  • Selamat menyambut hari lahir ke 58
  • Semoga sentiasa gembira dan bahagia menempuh alam persaraan

      Pulau pandan jauh ke tengah
           Gunung daik bercabang tiga
      Hancur badan di kandung tanah
           Budi yang baik di kenang juga
Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:35 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

AKTIVITI JENDELA NILAM

14 FEBRUARI 2012

Jendela NILAM merupakan aktiviti untuk penambahbaikkan program Suluhan Minda disamping membantu murid menambah rekod catatan NILAM mereka. Ia dijalankan pada setiap hari Selasa, bermula sekitar jam 7.00 pagi sehingga jam 7.30 pagi. Murid-murid berkumpul dan duduk di dataran untuk membaca bahan bacaan ringkas yang disediakan oleh pihak PSS. Seterusnya murid akan mencatat maklumat yang di baca ke dalam buku rekod NILAM masing-masing.


Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:35 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012

13 FEBRUARI 2012
Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh tuan pengetua SMK klebang Besar, Pn Azallah bt Mohd Salleh. Selain itu tuan pengetua juga telah sudi untuk menyampaikan hadiah kepada peminjam aktif bulan Januari - Februari 2012. Seramai tujuh orang telah berjaya terpilih sebagai peminjam aktif, menerima hadiah dan vaucer. Pada majlis yang sama, Tuan Pengetua juga telah melancarkan aktiviti Jendela NILAM. Kami warga PSS mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian beliau.

 


Gambar-gambar lain sekitar majlis boleh dilawati di galeri
Posted by Perpustakaan Umul Kitab SMKKB at 01:34 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

TENTANG KAMI

Perpustakaan Umul Kitab SMKKB
we are the klesarians !
View my complete profile

VISI PSS

Menjadi salah sebuah pusat sumber sekolah cemerlang Negeri Melaka menjelang tahun 2015.

MISI PSS

1. Meningkatkan kualiti perkhidmatan PSS.
2. Meningkatkan kuantiti dan kualiti koleksi bahan di PSS.
3. Menyediakan persekitaran yang kondusif, aktiviti menarik dan bermanfaat kepada semua warganya.
4. Memupuk sikap membaca sepanjang hayat dalam diri warga SMK Klebang Besar.

PENGERUSI

PENGERUSI
Pn Azallah Mohd Salleh

PENYELARAS PSS

PENYELARAS PSS
Pn Arizah Hashim

PENGEMASKINI BLOG

PENGEMASKINI BLOG
Nurul Ain Najihah Abu Bakar, Nursyahirah Asnur, Nur Syazana Suhaili, Noor Izzatul Syahirah Jasni

Hello Hey Hi

datang BERMATLAMAT, pulang BERMAKLUMAT


MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU

MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU

Archive

  • November (1)
  • October (2)
  • September (19)
 Guests
Theme images by luoman. Powered by Blogger.